Sinopsis |
: |
"Sayalah Pako, anak ibu. Ibu tidak percaya Pako sudah sembuh?" tanya Pako.
Dia memandang wajah ibunya dengan pandangan yang tidak berkedip. Dia sudah tidak sabar untuk memeluk ibunya. Dia begitu rindu akan ibunya. Ibu tergamam. Dia memandang Pako dari atas ke bawah.
"Tolong jangan mempermainkan aku. Aku kenal anak aku. Dua belas tahun aku memelihara dia. Aku tidak mahu anak aku ditukar ganti. Biarpun dia hodoh di mata orang, dia tetap sempurna di hati dan mataku."
Kisah Jutawan Pako menampilkan kekuatan jiwa dan semangat seorang kanak-kanak yang berusia 12 tahun. Selain memberikan motivasi dan kaya dengan nilai murni, kisah ini turut menyajikan warna tempatan negeri Sabah kepada para pembaca. |