Sinopsis |
: |
Anwar Ridhwan ialah sasterawan berbakat besar dan berjaya dalam penulisan cerpen, novel, puisi dan skrip drama pentas. Beliau beberapa kali memenangi Hadiah Karya Sastera dan Hadiah Sastera Malaysia melalui cerpennya, "Perjalanan Terakhir" (1971), "Dunia adalah Sebuah Apartment" (1973), "Sesudah Perang" (1976), "Sasaran", "Sahabat" dan "Menjadi Tua" (1982/1983). Cerpennya "Dari Kijev ke Moskva" memenangi hadiah utama peraduan cerpen DBP - Maybank. Naratif Ogonshoto (2001) telah memenangi Hadiah Sastera Perdana Malaysia (2000/2001). Novel pertama beliau, Hari-hari Terakhir Seorang Seniman (1979) memenangi hadiah pertama dalam Peraduan Mengarang Novel anjuran Yayasan Sabah - GAPENA II. Novel beliau, Penyeberang Sempadan telah memenangi hadiah pertama Hadiah Sako 3 bagi kategori Novel Nasional anjuran Kumpulan Utusan dan Institut Terjemahan dan Buku Malaysia. |