Sinopsis |
: |
Shahnon Ahmad mula giat menulis dan mula terkenal sejak tahun 1956 lagi dengan tulisannya yang berbentuk cerpen, esei, dan kritikan. Tidak lama kemudian Shahnon menjadi lebih terkenal sesudah menghasilkan novel pertamanya, Rentong pada tahun 1965. Novel beliau, Ranjau Sepanjang Jalan (1966) telah mendapat sambutan hangat daripada masyarakat pembaca serta para pelajar, dan telah dijadikan teks sastera tingkatan enam untuk beberapa tahun. Novel ini telah diangkat menjadi sebuah filem dalam tahun 1983. Novel Shahnon, Srengenge telah dipilih sebagai novel terbaik dalam Hadiah Karya Sastera (1973). |