Sinopsis |
: |
Muhammad Haji Salleh hanya mula dikenali di tanah air pada akhir tahun 1960-an walaupun beliau telah menulis lebih awal lagi. Beliau telah menghabiskan usianya di luar negara dan menulis puisi kebanyakannya dalam bahasa Inggeris. Kumpulan puisi beliau, Sajak-sajak Pendatang (1973) dan Perjalanan Si Tenggang II (1975) merupakan dua kumpulan puisi yang kukuh, berbeza daripada puisi yang dicipta oleh penyair yang sebelum dan sezaman dengan beliau. Sejak tahun 1971, beberapa puisinya telah memenangi Hadiah Karya Sastera dan pada tahun 1977, beliau menerima Hadiah Sastera Asean bahagian puisi melalui kumpulan puisi, Perjalanan Si Tenggang II. Buku kajian beliau, Menyeberang Sejarah telah memenangi Hadiah Sastera Perdana Malaysia (1998/1999). |