Sinopsis |
: |
Arena Wati menulis dalam pelbagai genre seperti novel, cerpen, drama, puisi, autobiografi, kajian sejarah dan kajian kesusasteraan yang bersifat umum. Beliau memenangi hadiah sagu hati Peraduan Mengarang Novel anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka pada tahun 1962 mealui karyanya, Lingkaran (tajuk asal "Tumbangnya Pokok Tak Berlangit"). Novel Sandera (1971) memenangi tempat ketiga dalam Peraduan Mengarang Novel sempena 10 Tahun Merdeka. Novel Sukma Angin (1999) pula memenangi Hadiah Sastera Perdana (1998/1999). |