Sinopsis |
: |
Rahman Shaari mula menglibatkan diri dalam bidang puisi pada tahun 1970-an, iaitu ketika beliau berkursus di Maktab Perguruan Sultan Idris. Sajak beliau, "Buka Bicara" (Dewan Sastera, April 1971) mendapat sorotan yang memberangsangkan daripada Dharmawijaya dalam Dewan Sastera keluaran Mei 1971. Bagaikan memeperoleh perangsang daripada Dharmawijaya, beliau terus menghasilkan puisi secara aktif pada dekad 1970-an. Beliau juga telah memenangi Hadiah Karya Sastera (1976) melalui puisi "Hamparan Kuning" dan "Giliran". Pada tahun 1977, beliau memenangi hadiah pertama Sayembara Esei/Kritikan Sastera anjuran DBP. Beliau juga memenangi beberapa kali Hadiah Sastera Malaysia melalui "Bahasa" (1982/1983), "Mencari Isteri" (1986/1987) dan "Katakan Tidak" (Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2002/2003). |