Sinopsis |
: |
Pada awal tahun 1967, sajak Zurinah Hassan mula tersiar di Warta Negara dan Utusan Zaman. Dalam Utusan Zaman inilah, pengelola ruangan sajak, iaitu Zakry Abadi memberikan bimbingan yang membina kepada beliau. Bermula dari situlah Zurinah Hassan menganggap menulis bukan lagi sebagai hobi tetapi satu tanggungjawab. Beliau telah memenangi Hadiah Karya Sastera (1982/1983) bagi empat sajak, iaitu "Satu Cerita Cinta", "Yang Pasti", "Satu Percakapan Singkat dengan Teman Penyair" dan "Puisi Cinta yang Lain". Cerpen beliau yang turut memenangi Hadiah Karya Sastera ialah "Dari Hati ke Hati" (1975) dan "Nenek" (1982/1983). Kumpulan puisinya, Pujangga Tidak Bernama memenangi Hadiah Sastera Perdana (1994/1995). Sajak beliau, "Kuda Hitam" telah memenangi Hadiah Sastera Perdana Malaysia (HSPM) (1996/1997) manakala cerpennya, "Bendang Lahuma" telah memenangi HSPM (1998/1999). Karyanya, Memoir Zurinah Hassan Menjejak Puisi telah memenangi HSPM (2002/2003). |