Sinopsis |
: |
Sebanyak 16 cerpen dihimpunkan dalam buku ini ialah hasil karya penulis dalam kalangan kanak-kanak berusia 10 tahun hingga 13 tahun. Para penulis dibimbing oleh figura terkemuka dalam karya kreatif, iaitu Salina Ibrahim. Pelbagai cerita dipaparkan, termasuklah kisah haiwan, keluarga, kasih sayang sesama manusia, persahabatan, isu semasa yang merangkumi cerita tentang COVID-19, buli siber dan cerita fantasi. Kesemua cerpen yang dimuatkan dalam antologi ini membawa mesej yang bermanfaat dalam kalangan pembaca bagi menyemai keperibadian yang tinggi serta nilai kemanusiaan dan kerohanian yang teguh untuk membangunkan generasi yang seimbang daripada semua aspek kehidupan. |