Terma dan Syarat

Terma dan syarat ini hanya boleh diterima pakai untuk pembelian dalam talian DBPNiaga.my sahaja.

1 Pengguna boleh membuat pembelian setiap produk yang dipaparkan melalui DBPNiaga.my.
2 Untuk membuat pembelian, pengguna perlu mendaftar masuk terlebih dahulu dengan menggunakan e-mel yang sah dan butiran diri yang sebenar.
3 Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) tidak akan bertanggungjawab dalam mengendalikan setiap maklumat pengguna.
4 Pembelian produk merupakan tanggungjawab pengguna dan DBP tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kesilapan pembelian.
5 Jika terdapat sebarang kesilapan pembelian, pengguna perlu memaklumkan kepada DBP dalam tempoh 12 jam waktu bekerja.
6 DBP tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kesilapan penghantaran kerana kesalahan maklumat penerima yang didaftarkan oleh pengguna.
7 Proses pemulangan hanya boleh dibuat apabila,
a. Buku rosak atas faktor kecuaian pihak DBP atau kesalahan cetakan.
b. Penghantaran buku yang salah atas faktor kecuaian DBP.
8 Setiap pembelian tidak boleh dibatalkan atau dipulangkan bayaran kecuali penukaran produk bergantung kepada terma dan syarat.
9 Tiada had pembelian yang dikenakan kepada pengguna dan proses pembelian ini berfungsi sepenuhnya secara dalam talian.
10 Pembayaran akan dibuat melalui pemindahan akaun, kad kredit atau debit.
11 Proses penghantaran akan dibuat dalam masa 3 hingga 7 hari bekerja. Pengguna boleh menghubungi pihak DBP untuk mendapatkan maklumat penghantaran.
12 Pembelian melalui DBPNiaga.my akan dikenakan kos penghantaran kecuali jika terdapat promosi tertentu sahaja.
13 Segala urusan khidmat pelanggan hanya dalam waktu pejabat kecuali cuti umum.
14 DBPNiaga.my berhak menggubal terma dan syarat dari semasa ke semasa tanpa mengeluarkan sebarang notis rasmi.